Makanan Manusia Yang Boleh Dimakan Kucing

Makanan Manusia Yang Boleh Dimakan Kucing

 

 

Ketika sedang enak menikmati juadah, kucing mengiau-ngiau meminta makanan yang anda makan. Anda pasti tidak sampai hati untuk membiarkan kucing anda meminta-minta tanpa memberikan makanan kepadanya. Namun, bukan semua jenis makanan yang anda makan boleh diberikan kepada kucing tau.

Hanya beberapa makanan sahaja yang boleh diberikan kepada kucing anda seperti yang akan kami kongsikan di dalam artikel ini. Mari kita kenali makanan-makanan itu!

 

 raw fish meat on brown chopping board

Salmon

Salmon adalah sumber protein yang lengkap untuk kucing kerana ia mengandungi asid lemak omega 3. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin B2 dan B12, Vitamin D, kalsium, dan mineral seperti zat besi, sodium, magnesium, kalsium dan selenium. 

Tambahan lagi, ia merupakan hidangan yang enak dan lazat untuk dimakan oleh kucing. Salmon ini juga sering dijumpai di beberapa makanan komersial untuk kucing tau. 

 

 green leaves on blue plastic bowl

Bayam

Bayam boleh menjadi makanan yang sihat untuk kucing kerana ia mengandungi Vitamin A, C, dan K. Sayuran ini juga kaya dengan magnesium, folate, kalsium dan potassium. Malah, kebanyakkan pengeluar makanan kucing juga ada menambahkan sedikit bayam di dalam ramuan makanan mereka. 

Namun, sekiranya kucing anda mengidap penyakit batu karang, jangan sesekali memberikan bayam kepadanya kerana kalsium olxite yang terkandung di dalam sayur ini akan menghasilkan batu struvite dalam saluran urinari kucing.

 

 

Minyak Ikan

Terdapat pelbagai jenis minyak ikan antaranya adalah minyak ikan salmon dan minyak ikan kod. Masing-masing berfungsi untuk memberikan manfaat kesihatan yang baik kepada kucing anda. 

Malah, ia juga dapat membantu menghasilkan bulu kucing yang sihat dan cantik, mengurangkan keradangan pada kulit, baik untuk mendapatkan mata dan tubuh yang sihat serta mencegah kulit kucing anda menjadi kering. Berikut merupakan makanan terbaik di pasaran yang boleh didapati di Perromart untuk kucing anda.

 

 person holding brown egg on green ceramic bowl

Telur

Telur juga merupakan protein terbaik dan mengandungi Vitamin B yang baik untuk kucing anda. Ia juga bagus untuk pencegahan kerosakan bulu, meningkatkan stamina kucing dan mempercepatkan penyembuhan.

Namun, pastikan telur yang anda berikan itu masak sepenuhnya ya. Hal ini demikian kerana pemberian telur mentah kepada kucing akan menjejaskan usus kucing.

Di samping itu, pastikan memberi dalam jumlah yang sedikit kerana pengambilan yang berlebihan akan menggemukkan kucing dan mendatangkan pelbagai penyakit.

 

 six brown hens beside wall during daytime

Ayam

Ayam tanpa kulit yang dimasak sempurna boleh menjadi protein yang terbaik untuk kucing anda. Namun, elakkan meletak bahan perisa yang berlebihan pada ayam kerana akan menjejaskan kesihatan kucing anda. Ayam rebus juga sudah cukup enak untuk diberikan kepada kucing anda.

 

 closeup photo of bunch of bananas

Pisang

Pisang mengandungi serat dan potassium yang tinggi amat sesuai untuk dijadikan makanan ringan untuk kucing. 

Namun, jumlah yang diberikan mestilah tidak melebihi 10% daripada kalori yang diperlukan kucing anda. Hal ini demikian kerana gula dan karbohidrat yang terkandung di dalam pisang adalah tinggi dan pengambilan yang berlebihan akan mendatangkan penyakit.

 

 brown rice on white textile

Oatmeal

Oatmeal pula adalah makanan yang mengandungi Vitamin B dan boleh menjadi sumber tenaga kepada kucing anda. Manakala, pengambilan bijirin seperti oatmeal pula mestilah diambil tidak melebihi 20% daripada kalori harian yang diperlukan kucing anda.

Oatmeal ini juga sering terkandung di dalam makanan komersial kucing jenis dry food.

 

 orange pumpkins on gray field near green grassland at daytime selective focus photography

Labu

Labu adalah sejenis makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan seratnya. Labu berfungsi sebagai makanan untuk mengawal berat dimana dengan memakan labu, kucing akan mudah berasa kenyang. 

Selain itu, serat di dalam labu membantu penyerapan air yang berlebihan di dalam tubuh sekaligus menyembuhkan cirit birit. 

Manakala, bagi masalah sembelit pula, serat di dalam labu berfungsi sebagai julap yang dapat memudahkan pembuangan najis. Wah, banyak betul khasiat labu untuk kucing ya.

 

 baked bread

Keju

Keju sememangnya merupakan sumber protein dan kalsium yang terbaik untuk kucing anda. Namun, bukan semua jenis keju boleh diberikan kepada kucing anda. 

Keju yang bersesuaian untuk sistem penghadaman kucing adalah jenis kotej, swiss, cheddar dan gouda. Selain itu, berikan dalam jumlah yang sedikit sahaja ya kerana kandungan lemak dan garam di dalam keju agak tinggi.

 

 person holding pastry

Roti

Kucing juga boleh makan roti tetapi dalam jumlah yang sedikit agar tubuh kecilnya mampu mencerna dan menyerap karbohidrat dengan baik.

 

 red apple fruit

Epal

Epal tanpa kulit juga boleh diberikan kepada kucing anda kerana ia mengandungi serat dan Vitamin C yang tinggi. Namun, kupas kulitnya terlebih dahulu ya!

 

 blueberry fruits

Blueberry

Blueberry merupakan sumber Vitamin A dan C yang terbaik untuk kucing. Blueberry juga boleh ditambahkan ke dalam hidangan kucing anda agar lebih lazat dan enak di makan. Namun, berikan dalam kadar yang sedikit, jangan sampai kucing anda terkena obesiti.Berikut merupakan makanan yang mengandungi beries dan sayuran yang segar. 

 

 shallow focus photography of green pea on brown wooden surface

Kacang Pis

Kacang pis pula merupakan makanan yang mengandungi serat yang tinggi, Vitamin A dan C yang juga baik untuk kucing anda. Ia juga sering dijumpai di dalam makanan komersial untuk kucing.

 

 selective focus photography of ostrich

Ayam Belanda

Ayam belanda mengandungi protein yang tinggi untuk kucing anda. Ayam belanda yang dimasak sepenuhnya dan sempurna juga boleh dijadikan hidangan yang terbaik untuk kucing anda. Namun, elakkan memberi kucing kulit dan tulang ayam belanda ya.






2 comments

  • ikiwuqexobon

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Online Amoxicillin 500mg iez.fxhh.perromart.com.my.ogz.gv http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • xehupupevu

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin No Prescription Amoxicillin Online bij.rcqh.perromart.com.my.yui.bf http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/