Cara Penjagaan Asas Kucing Yang Masih Ramai Tidak Tahu

Cara Penjagaan Asas Kucing Yang Masih Ramai Tidak Tahu

 

Penjagaan yang terbaik dan sempurna dari anda merupakan hal terpenting bagi kucing anda menjalani kehidupannya dengan sihat, aktif dan kuat. Jadi, disini saya kongsikan cara penjagaan asas kucing untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia kucing ini.

 

1. Memberikan makanan yang terbaik untuk kucing anda

Memberi makanan yang terbaik mestilah merangkumi keseimbangan diet berdasarkan peringkat umur, serta memberikan makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai.

  • Keseimbangan diet berdasarkan peringkat umur

Perkara penting yang harus anda tahu adalah diet dan nutrisi yang diperlukan kucing kecil sangat berbeza dengan kucing dewasa. Kucing kecil memerlukan protein, mineral, vitamin dan kalori yang lebih banyak berbanding kucing dewasa untuk keperluan tumbesarannya. Jika anda memberikan kucing kecil makan makanan kucing dewasa, makanya kucing kecil akan kekurangan nutrisi dan tidak dapat membesar dengan baik. Manakala, memberikan kucing dewasa makan makanan kucing kecil, makanya kucing dewasa akan mendapat obesiti. Jadi, berikan makanan yang sesuai dengan usia si manja anda ya.

Di samping itu, kucing juga memerlukan air untuk proses penghidratannya. Jadi, sediakan air bersih bersebelahan dengan makanan kucing anda. Pastikan anda mengisi atau menggantikan air itu setiap hari agar terjamin kebersihannya. 

  • Makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai

Selain itu, pemilihan makanan kucing yang berkualiti tinggi juga sangat penting. Contohnya, makanan kucing yang berkualiti akan mengandungi taurine. Taurine merupakan sejenis asid amino yang diperlukan kucing untuk jantung, penglihatan, penghadaman dan sistem pembiakan. Kekurangan Taurine ini akan mengakibatkan masalah jantung, kebutaan dan masalah tumbesaran. Taurine ini boleh didapati di dalam protein dari sumber haiwan seperti daging lembu, ayam, telur dan makanan laut. Oleh itu, pastikan dulu makanan kucing mengandungi Taurine sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.

Seterusnya, bukan semua makanan yang kita makan sesuai dan boleh diberikan kepada kucing. Berikut adalah makanan yang berbahaya dan mesti dihindarkan dari kucing anda.

  • Coklat dan gula-gula – bahan-badan ini menjadi toksik kepada badan kucing dan akan mengakibatkan kegagalan hati.
  • Telur mentah – terdapat bakteria di dalam telur mentah yang boleh menjejaskan usus kucing. Manakala, proteinnya pula sukar diserap oleh sistem badan kucing dan menyebabkan kekurangan vitamin.
  • Bawang merah, bawang putih, kucai – perkembangan anemia hemolitik yang akan mengakibatkan sel darah merah menjadi rapuh. Kucing akan mendapat sakit perut dan sesak nafas.
  • Anggur dan kismis – menyebabkan penyakit buah pinggang yang serius.
  • Kekacang – mengakibatkan kucing muntah-muntah.


cat licking its paw

 

2. Menjaga kebersihan kucing dan kawasannya

Penjagaan kebersihan kucing anda merangkumi mendandan bulu kucing, penjagaan kawasan tempat tidur dan penjagaan litter box.

  • Mendandan bulu kucing

Mendandan bulu kucing adalah sangat penting bagi memastikan bulunya tidak dijangkiti kutu dan parasit, manakala kulitnya tidak dijangkiti ringworm, infeksi bakteria dan sebagainya. Jadi bagi mengelakkan terjadinya jangkitan seperti ini, anda perlulah kerap menyikat bulu kucing anda dan sentiasa periksa kulit dan bulunya agar sentiasa bersih. Selain itu, mandikan kucing anda menggunakan shampoo dan perapi mengikut rutinnya, Sebagai contoh berikut adalah perapi yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk bulu kucing yang anjal.

  • Penjagaan kawasan tempat tidur

Sediakan kawasan untuk kucing anda tidur dan berehat seperti kusyen, tuala, karpet dan sebagainya. Bersihkan kawasan tidurnya seminggu sekali agar bebas dari bakteria.

  • Penjagaan litter box

Seterusnya, penjagaan litter box adalah sangat penting sekali. Gunakan scoop untuk membuang najis kucing anda. Pastikan anda membersihkan litter box mereka dua kali sehari dan pasirnya pula boleh digantikan seminggu sekali. Di samping itu, sediakan litter box secukupnya. Sekiranya anda memelihara dua ekor kucing, sebaiknya sediakan dua atau tiga litter box

 

3. Menyediakan tempat mencakar untuk kucing anda

Kenapa kucing anda suka mencakar dan anda tidak boleh melarangnya?

Mencakar merupakan simbol yang penting bagi kucing, malah ia juga akan menjadikan kucing anda bahagia dan sihat. Hal ini demikian kerana, mencakar merupakan tanda komunikasi dan isyarat antara kucing dengan cara terhasilnya pheromone. Pheromone adalah satu bentuk komunikasi berbentuk aroma yang ditinggalkan melalui proses cakaran tadi. Selain itu, kucing juga mencakar untuk meregangkan ototnya setelah seharian penat melompat dan berlari.

Oleh itu, sediakan tempat untuk kucing anda mencakar seperti cat scratcher yang dijual di Perromart untuk memuaskan kucing anda. Jika anda tidak menyediakan tempat untuk kucing anda mencakar, mereka berkemungkinan akan mencakar kusyen, karpet, perabot dan almari anda.Berikut adalah gambar papan cakar yang paling sesuai untuk semua jenis kuching.



4. Memberikan keperluan untuk kesihatan 

    Keperluan kesihatan kucing merangkumi pemberian keperluan vaksinasi dan rawatan di klinik veterinar, suntikan pemandulan serta penjagaan gigi.

    • Vaksinasi dan rawatan di klinik veterinar

    Adakah vaksinasi ini penting untuk kucing? Vaksinasi adalah langkah untuk pencegahan penyakit dan jangkitan. Tidak kira dimana sahaja kucing anda bermain samaada indoor atau outdoor, ia tetap memerlukan vaksinasi ini. 

    Kekerapan anda untuk ke klinik veterinar bergantung kepada usia kucing anda. Kucing dewasa perlu mendapatkan vaksinasi dan rawatan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Manakala, kucing kecil yang berusia 8 minggu keatas pula memerlukan rawatan dan vaksinasi yang lebih kerap berbanding kucing dewasa. 

    Namun, vaksinasi yang berlebihan akan memberikan risiko kepada kesihatan kucing anda. Jadi, dapatkan dahulu nasihat dan jadual dari doktor haiwan di klinik veterinar mengenai keperluan vaksinasi yang diperlukan kucing anda.

    Seterusnya, selalulah mendapatkan rawatan dari doktor haiwan lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti muntah, cirit-birit, tidak bertenaga, lesu dan kelihatan sakit.

    • Suntikan pemandulan

    Selain itu, kucing juga memerlukan suntikan pemandulan. Hal ini demikian kerana kucing yang dimandulkan kurang merayau-rayau, kucing jantan tidak memancut air kencing di merata-rata tempat, serta menghindari kucing betina dari mendapat kehamilan dan risiko pertumbuhan tumor kanser.

    • Penjagaan gigi 

    Bukan manusia sahaja yang memerlukan rawatan gigi. Malahan, kucing anda juga memerlukan gigi yang cantik dan sihat.

    Belikan kucing anda berus gigi yang berbulu lembut dan ubat gigi yang disyorkan di klinik veterinar. Jangan sesekali memberikan kucing anda ubat gigi anda ya kerana ubat gigi manusia mengandungi kandungan florida yang tinggi dan ianya berbahaya kepada perut kucing. 

    Ajarkan kucing anda memberus gigi secara berperingkat. Mula-mula, merasakan ubat gigi kepada kucing anda kemudian gunakan jari anda untuk menggosok di sepanjang gusi atas. Hari seterusnya, bolehlah melakukan proses tersebut menggunakan berus gigi.  

    Tambahan lagi, sekiranya terdapat tanda- tanda seperti nafas berbau, gigi longgar, berdarah, sakit mulut, memuntahkan makanan dan sebagainya, bawalah kucing anda berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan.






    8 comments

    • emayivuobesi

      http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Buy Amoxicillin Amoxicillin Online amx.hdnr.perromart.com.my.jfw.om http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

    • edumoxizg

      http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Buy Amoxil Online Amoxicillin 500 Mg Dosage ewe.uoto.perromart.com.my.lqy.bz http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

    • enuracafup

      http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Online Amoxicillin 500 Mg Dosage zxz.dnmd.perromart.com.my.jjl.wo http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

    • ovawupepcigo

      http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Buy Amoxicillin Online Amoxicillin No Prescription eay.ytoj.perromart.com.my.mxa.ux http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

    • ipuewaameyayi

      http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin No Prescription Amoxicillin 500mg aob.irkf.perromart.com.my.ocj.bw http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/