Cara Memotong Kuku Kucing Yang Betul

Cara Memotong Kuku Kucing Yang Betul

 

 

Kuku merupakan senjata terpenting bagi kucing selain taringnya. Kuku kucing berfungsi sebagai pembela diri daripada musuh, memburu dan memanjat. 

Namun, berbeza pendapatnya dengan pemilik kucing. Kebanyakkan pemilik kucing lebih suka kuku kucingnya dipotong agar tidak berbahaya kepada dirinya dan anak-anak..Selain itu, anda disyorkan mendapatkan papan cakar juga untuk si kucing anda mencakar sementara kukunya tumbuh dan menyelamatkan perabot anda. Berikut adalah contoh papan cakar yang boleh anda dapati di Perromart sekarang juga.

Justeru, pemilik kucing menghantar kucing mereka ke pet shop untuk dipotong kukunya. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh memotong kuku kucing sendiri di rumah? Selain dapat menjimatkn wang, memotong kuku kucing sendiri di rumah juga dapat menjimatkan masa dimana anda tidak perlu mencari waktu untuk ke pet shop.

Oleh itu, artikel kali ini akan mendedahkan cara-cara, tindakan yang perlu dielakkan serta kepentingan memotong kuku kucing anda. Selepas ini anda tidak perlu ke pet shop untuk memotong kuku kucing anda lagi.

 

 

Sediakan pemotong kuku kucing

Terdapat pelbagai jenis pemotong kuku di pasaran seperti jenis pemotong kuku manusia, jenis guillotine dan jenis gunting. Pilihlah pemotong yang sesuai serta dapat memudahkan anda untuk memotong kuku kucing anda. Namun, sebaiknya anda cuba elakkan menggunakan pemotong kuku manusia kerana ia akan memenyekkan dan menyebabkan kuku kucing bercabang di hujungnya.

Gambar berikut adalah produk pemotong kuku kucing yang terbaik di pasaran yang boleh didapati di Pertomart.

 

 

Memastikan kucing berkeadaan tenang

Sekiranya kucing bertindak agresif ketika memotong kuku, ia berkemungkinan akan melukakan anda dan dirinya sendiri. Jadi, untuk memastikan kucing anda duduk di pangkuan anda dengan tenang, gunakan lengan kiri anda untuk menahan kepalanya dan lengan kanan pula menahan kakinya. Perlakuannya seperti di dalam gambar.

Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh digunakan untuk memotong kuku kucing agresif ini iaitu memotong ketika mereka sedang mengantuk atau berehat setelah kepenatan bermain.

Manakala, memotong kuku tidak menjadi masalah sekiranya kucing anda itu mampu duduk di pangkuan anda dengan rela hati.

 

 

Tekan telapak kaki kucing

Tekan telapak kakinya agar ia mengeluarkan kukunya seperti di gambar:

How to Clip Your Kitty's Claws – Wild Blue Cats

 

 

Posisi memotong kuku yang betul

Kenalpasti bahagian yang perlu dipotong. Warna pink dipanggil ‘quick’ iaitu saluran darah kucing atau dipanggil isi kucing. Jangan memotong sehingga ke bahagian ini. Bahagian yang boleh dipotong adalah bahagian yang berwarna jernih sahaja.

Seterusnya, potong kukunya secara menegak (dari atas ke bawah) dan bukan dari tepi. Kalau dipotong dari tepi, ia akan mengakibatkan kuku kucing anda pecah. 

Kemudian, potonglah kukunya satu persatu dengan berhati-hati.

 

 

Apakah yang harus dielakkan ketika memotong?

Perkara yang mesti dielakkan adalah memotong ‘quick’ iaitu saluran darah kucing. Jika anda terpotong bahagian ini, kucing anda akan kesakitan dan kukunya juga akan berdarah.

Selain itu, elakkan juga memotong kuku kucing anda dengan cepat atau secara gopoh. Hal ini demikian kerana berkemungkinan anda akan terpotong bahagian quick ini. Pastikan anda menyediakan masa yang mencukupi untuk memotong kuku kucing anda. 

Manakala, tindakan yang boleh diambil sekiranya anda telah memotong ‘quick’ dan kukunya berdarah adalah seperti berikut;

Cara 1:

Rendamkan kuku ke dalam air sabun mandi beberapa minit untuk menghentikan pendarahan. Kemudian, sapukan minyak gamat di kuku yang berdarah. Keraplah memeriksa kuku tersebut bagi mengelakkan kucing anda terkena jangkitan. Anda juga boleh mendapatkan ubat-ubatan yang bersesuaian di klinik veterinar.

Cara 2: 

Letakkan ais pada kuku yang berdarah untuk menghentikan pendarahan. Kemudian, sama juga seperti Cara 1 iaitu sapukan minyak gamat dan sentiasa periksa agar tiada jangkitan.

 

 

Pentingkah memotong kuku kucing?

Kepentingan memotong kuku kucing adalah bergantung kepada keadaan kucing anda, sama ada ia bermain di dalam atau luar rumah. Sekiranya kucing anda bermain di luar rumah, ia amat memerlukan kukunya sebagai senjata membela diri, memburu dan memanjat. 

Manakala, kucing yang bermain di dalam rumah perlu dipotong kukunya kerana cakarannya akan merosakkan perabot, sofa dan karpet anda. Selain itu, kukunya juga berkemungkinan berbahaya kepada anak-anak anda. 

Namun, berbeza pula dengan kepentingan memotong kuku untuk kucing tua. Kuku kucing tua mestilah dipotong dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana kucing tua kurang aktif dan tidak sering memerlukan kukunya. Selain itu, kukunya pula akan tumbuh lebih panjang dan melengkung sehingga menembusi telapak kakinya. Malah, kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan di kukunya. Berikut adalah gambar kuku kucing yang telah tua.

 






0 comment