Cara Membantu Kucing Yang Mengalami Dehidrasi

Cara Membantu Kucing Yang Mengalami Dehidrasi


Dehidrasi adalah suatu keadaan di mana tubuh kucing kehilangan banyak cairan berbanding yang masuk sehingga mengganggu keseimbangan zat, gula dan garam. Dengan perkataan yang lebih mudah untuk difahami adalah apabila kucing anda kekurangan air di dalam tubuh. Perkara ini boleh terjadi kerana kucing tidak minum air secukupnya seperti yang diperlukan oleh tubuhnya. Oleh itu, ia mudah mendapat dehidrasi terutama sekali ketika cuaca panas.

Justeru, berapa jumlah air sebenar yang diperlukan kucing?

Jumlah air yang diperlukan kucing sebenarnya bergantung kepada berat badannya. Setiap 1kg beratnya, ia memerlukan sebanyak 50ml air. Jadi kalikan sahaja 50ml kepada berat kucing anda. Mudah pengiraannya, namun yang sukarnya adalah untuk menggalakkan kucing anda meminum air sebanyak itu.

Justeru, topik yang akan dibincangkan di dalam artikel kali ini adalah tentang tanda-tanda dehidrasi ini kepada kucing anda berserta dengan cara-cara membantu kucing anda mengatasi masalah ini.

Tanda-tanda dehidrasi pada kucing

1.Mata

Ketika menghadapi dehidrasi, mata kucing anda kelihatan kuyup dan tidak bermaya seperti sedang mengantuk.

2.Gusi

Gusi kucing pula akan kelihatan kering serta air liurnya pula pekat berbeza ketika boleh hidrasi dengan betul dimana gusinya akan kelihatan basah dan berkilat. Contohnya seperti di dalam gambar.

3.Kelesuan

Kucing anda akan kelihatan tidak aktif, kerap mengantuk, tidak bermain serta tidak bergaul dengan anda atau kucing lain.

4.Jantung

Pada ketika ini, denyutan jantung kucing anda meningkat serta kucing anda juga bernafas melalui mulutnya dengan cepat. Keadaan itu menunjukkan bahawa tubuhnya sedang terlalu panas.

5.Selera makan dan minum

Selera makan kucing anda mulai berkurang malah ada ketika, ia enggan menyentuh  makanannya langsung. Manakala, selera minumnya pula boleh tiba-tiba ia minum dengan banyak, atau terus tidak mahu minum.

6.Membuang air kecil

Ketika dehidrasi, kucing anda kurang membuang air kecil.

7.Membuang air besar

Kucing akan mengalami sembelit ketika membuang air besar akibat dari tubuhnya yang kekurangan air. Ketika ini, tubuh kucing telah menyerap semua lembapan yang ada termasuk lembapan dari najis.

8.Kulit

Kulit kucing akan kehilangan keanjalannya dan kelihatan kering. Terdapat cara untuk mengenalpasti kesan dehidrasi pada kulit kucing anda. 

Cuba cubit sedikit kulit di tengkuknya atau di bahunya, kemudian lepaskan. Sekiranya kulit kembali ke asal dengan segera, ia bermaksud kulitnya cukup air dan sihat. Tetapi, sekiranya kulit kembali ke asal secara perlahan, itu merupakan tanda kulit kering dan telah kehilangan cecair. Perlakuannya seperti di dalam gambar.

Namun, lebih bahaya jika kulitnya langsung tidak kembali ke asal kerana itu merupakan tanda-tanda dehidrasi yang teruk. Segeralah bawa kucing anda ke klinik veterinar.

Cara membantu kucing 

1.Menukarkan makanan kering kepada makanan basah

Tukarkan makanan kucing anda kepada makanan basah segera apabila anda telah mengesan yang kucing anda tidak gemar meminum air. Makanan basah mengandungi kandungan air dan lembapan yang tinggi yang terbaik untuk kucing. Hal ini demikian agar dapat mengelakkan kucing mendapat dehidrasi sekaligus dapat juga memastikan sistem pencernaannya lancar.

Namun, kucing tidak suka menerima sesuatu perubahan secara tiba-tiba. Jadi, tukarkan makanannya secara berperingkat. Pada awalnya cuba campur makanan keringnya dan makanan basah. Biarkan ia mengenali bau makanannya baru anda boleh terus memberikan makanan basah.

Manakala, jika anda masih mahu memberikan makanan kering. Anda boleh menambahkan air ke dalam makanan kering tersebut kemudian berikan kepada kucing anda.

2.Memastikan kucing minum air secukupnya

Anda perlu sentiasa tambah air minuman kucing anda sekiranya habis. Boleh juga menggunakan cat water dispenser supaya air akan terisi dengan sendirinya apabila telah habis. 

3.Menukarkan tempat meminum air

Kucing suka kepada air yang mengalir. Sebab itu, kadang-kadang kita selalu terlihat kucing cuba meminum air di paip yang tidak ditutup.

Justeru, untuk menarik perhatian kucing anda terhadap air, anda perlu menukar bekas minumannya kepada yang lebih menarik. Contohnya seperti Cat Water Fountain yang berfungsi memancutkan air keluar. Ia dapat menarik perhatian kucing anda untuk melihat, bermain lalu meminum air itu. Selain itu, bekas air pancut ini juga mempunyai penapis bau dan rasa yang akan menjadikan air sentiasa segar. Berikut adalah contoh Cat Water Fountain.

4.Menyediakan air bersih yang mencukupi

Kucing sukakan air yang bersih dan segar. Oleh itu, anda perlu sentiasa memcuci bekas airnya sebelum memasukkan air baru. Selain itu, buang air yang lama dan sentiasa gantikan dengan air baru.

5.Letakkan perisa pada air minuman kucing

Jika kucing anda tidak mengemari bau dan rasa air, anda boleh memperisakan air tersebut. Contohnya, memberikan susu kucing, meletakkan sedikit makanan di dalam airnya atau memberi air rebusan ayam atau daging. Kucing akan tertarik kepada bau air tersebut dan berminat untuk meminumnya. 

6.Menambahkan ais pada air minuman kucing

Tahukah anda bahawa ada sesetengah kucing sukakan air yang sejuk? Bukan manusia sahaja yang perlukan air sejuk ketika cuaca panas ya.

Namun, letakkan 1 atau 2 ketul ais sahaja ke dalam minuman kucing anda agar kucing tidak terkejut dengan rasa air yang terlalu sejuk. Pastikan ia melihat anda memasukkannya agar ia tertarik dan ingin mencuba. 

7.Letakkan air di seluruh kawasan rumah

Cara lainnya yang boleh anda lakukan adalah dengan meletakkan air di seluruh kawasan rumah agar kucing anda lebih mudah mendapatkan air. Contohnya, letakkan di kawasan yang ia kerap bermain, di tempat tidurnya, dan pastinya di kawasan makannya. 

Dehidrasi pada anak kucing dan kucing tua

Kucing yang sering terdedah dengan gejala dehidrasi ini adalah dikalangan anak kucing dan kucing tua. Oleh itu, anda perlu pantau sentiasa kucing anda pada usia ini dari segi pemakanan, minuman dan kekerapannya ke tandas. 

Keadaan anak kucing  dan kucing tua ini menjadi lebih serius sekiranya tanda-tanda dehidrasi masih berlaku kepada mereka walaupun anda telah membuat segala perubahan yang telah disebutkan.

Dalam hal seperti ini, hanya doktor haiwan yang mampu merawat mereka kerana doktor haiwan akan memberikan cecair tambahan yang dapat membantu penyakit kucing anda. Jadi, anda perlu sentiasa alert tentang kesihatan kucing anda agar dapat memastikan kucing kesayangan anda dapat hidup lebih lama dan sihat.





4 comments

  • uzakovoqa

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin 500mg Buy Amoxicillin hma.lqja.perromart.com.my.mxc.ji http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • enagoboucori

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – 18 Buy Amoxicillin iae.agce.perromart.com.my.zcn.re http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • efigegones

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Online Buy Amoxicillin cmi.lxtk.perromart.com.my.khm.rh http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • ojumezegali

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin 500mg Capsules 18 nay.niew.perromart.com.my.edu.mm http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/