6 Makanan Untuk Dielak Bila Memilih Makanan Untuk Si Kucing

6 Makanan Untuk Dielak Bila Memilih Makanan Untuk Si Kucing

 

 

Kesihatan kucing anda bergantung kepada pemakanan yang anda berikan kepada kucing anda. Makanan kucing sememangnya sangat mudah didapati di pasaran dalam bermacam-macam pilihan jenama yang berbeza-beza kualitinya. Namun, saya pasti ramai diantara pemilik kucing membeli makanan kucing mereka tanpa mengira kualitinya dan tanpa membaca bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut. 

Kebanyakkan makanan kucing yang kita beli diimport dari luar negara. Malahan kini, negara kita sendiri pun sudah ada beberapa pengeluar makanan kucing yang menawarkan produk halal dan berkualiti. Tambahan lagi, ada juga pencinta kucing yang menghasilkan makanan kucing homemade dan menjualnya di laman internet. 

Wah, banyak betul pilihan makanan kucing! Namun, bagaimanakah cara anda memastikan makanan yang beli itu terbaik untuk kucing anda?

Oleh itu, sangat penting untuk anda membaca dahulu kandungan bahan-bahan yang di masukkan ke dalam makanan kucing anda sebelum membelinya. Langkah pertama terpenting adalah dengan mengelakkan dari membeli makanan yang terkandung bahan yang tidak sepatutnya diberikan kepada kucing. Jadi, mari kita kenali makanan yang tidak patut ada di dalam makanan kucing anda.

 

 

Food Myths Debunked: Fried Foods are Too Fatty and Unhealthy ...

Makanan berlemak

Anda pasti suka apabila melihat kucing anda gemuk dan terlalu gebu. Jadi anda pun meneruskan membelikan makanan yang sama untuk memastikan kucing anda sentiasa gemuk. 

Namun, tahukah anda kucing yang gemuk atau obesiti (terlebih berat badan) ini akan memicu kepada banyak penyakit? Antaranya adalah masalah jantung, masalah kulit, gangguan sistem pergerakan, masalah paru-paru, diabetes dan banyak lagi.

Obesiti ini sebenarnya berpunca dari pemakanan yang anda berikan kepada kucing anda dimana makanan tersebut terkandung protein dan lemak yang tidak memberikan manfaat kepada kesihatan kucing.

Oleh itu, bahan makanan yang perlu dielakkan dari berada dalam makanan kucing anda adalah

  • Makanan dari produk sampingan yang tidak boleh dimakan oleh manusia tetapi ia dimasukkan ke dalam makanan kucing melalui proses rendering. Contohnya adalah produk sampingan seperti tulang, kulit, usus, paru-paru dan sebagainya. 

Berikan kucing anda makanan yang terkandung sumber protein terbaik seperti ayam, ayam belanda, ikan, atau telur. 

Berikut merupakan produk makanan yang baik untuk si kucing yang lengkap dengan protein dan kandungan air yang secukupnya yang boleh didapati di Perromart.

 

 

Good-for-you Carbohydrates

Bijirin dan karbohidrat

Hidangan kucing akan menjadi tidak bagus dan tidak sihat apabila terdapat lebihan karbohirat. Karbohidrat seperti bijirin banyak dikenalpasti di dalam makanan kucing jenis dry food iaitu jumlahnya sebanyak 50% daripada 1 pek hidangan. Kucing dewasa yang tua dan menghidap obesiti tidak boleh diberikan bijirin, tetapi perlu diberikan sumber karbohidrat lain dalam jumlah yang sangat terhad. 

Malahan, bijirin kini telah dijadikan sebagai pengganti protein daging. Ianya berbeza dengan  makanan sebenar yang dikeluarkan pengeluar pertama makanan komersial haiwan yang memasukkan protein daging sebagai makanan utama.

Tidak dapat dinafikan bahawa makanan bijirin ini lebih murah berbanding makanan berprotein daging. Namun, sedarkah anda bahawa sebenarnya gluten gandum yang terkandung di dalam bijirin ini tidak baik untuk kucing anda. Ia mengandungi melanin yang akan menyebabkan kucing anda terkena penyakit buah pinggang.

Antara jenis bijiran yang perlu dielakkan berada dia dalam makanan kucing anda adalah;

  • Gandum dan soya kerana kucing alergi terhadap bahan makanan ini.
  • Serat gandum kerana berbahaya kepada kucing.
  • Jagung. Walaupun kandungan proteinnya lebih baik berbanding bijirin lain tetapi ia tidak setinggi protein di dalam daging.
  • Kentang dan ubi kerana karbohidrat baru ini belum diiktiraf kegunaan dan khasiatnya di dalam makanan kucing.
  • Gluten adalah pengganti karbohidrat dan protein yang sangat berbahaya kepada haiwan. Malah, gluten yang diimport dari China ini merupakan bahan yang paling dilarang kerana telah mengakibatkan banyak kematian haiwan pada tahun 2007.

Berikut merupakan produk makanan tanpa sebarang bijirin dan karbohidrat yang boleh didapati di Perromart yang terbaik untuk kucing anda.

 

 

Fibre and Diabetes - Recommended Intake & Supplements

Serat

Serat merupakan komponen utama yang diperlukan kucing untuk pencernaan. Namun, tidak semua sumber serat boleh diterima kucing. 

Berikut adalah serat yang mesti dielakkan berada dalam makanan kucing anda.

  • Selulosa di dalam makanan kucing akan mengakibatkan masalah pencernaan.
  • Kulit kacang, laktosa dan serat oat didalam makanan kucing akan mengakibatkan cirit birit dan kehilangan nutrien. 
  • Kacang pis juga tidak patut berada didalam makanan kucing kerana ia merupakan serat yang sukar larut.

 

 

Vitamin Market is gigantic to Reach 4200 Million USD in 2025: Qy ...

Vitamin

Vitamin yang amat diperlukan kucing anda adalah Vitamin A dan B.

Kekurangan vitamin A akan menganggu pertumbuhan, menyebabkan penurunan berat badan, hilang selera makan dan tidak mendapat kekuatan otot. Kekurangan vitamin B pula akan mengakibatkan kerosakan darah merah dan membawa penyakit anemia kepada kucing.

Manakala, vitamin yang dilarang dari terkandung dalam makanan kucing adalah Vitamin K3. Vitamin K3 dapat dikenalpasti di dalam makanan kucing sebagai menadione sodium bisulfate, menadione sodium bisulfite, atau menadione dimethylpyrimidinol bisulfite. Kehadiran Vitamin K3 di dalam makanan kucing hanya akan memberikan kesan sampingan seperti kerosakan hati dan organ-organ lain.

 

 

Herbs - Better Health Channel

Herba

Makanan yang dijualkan di pasaran juga sering terdapat tambahan herba seperti yucca, alfalfa, teh hijau dan pasli. Namun, masih belum dikenalpasti lagi khasiat dan keselamatannya untuk berada di dalam makanan kucing.

Justeru, tumbuhan herba yang sememangnya perlu dielakkan adalah;

  • Ekstrak dari Yucca Schidigera kerana tumbuhan ini beracun kepada kucing. 
  • Ekstrak Rosemary kerana tumbuhan ini tidak selamat dan akan menyebabkan kucing mendapat sawan.
    • Alfalfa, teh hijau, pasli, akar licorice, root angelica, fenugreek, marigold, adas, peppermint, chamomile, dandelion, savory serta herba-herba lain yang tidak disokong mana-mana pihak tentang keselamatannya. 

    Konklusinya, mencegah lebih baik dari mengubati.

     

     

    Sebab Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing

    Pengawet makanan dan pewarna makanan

    Bahan pengawet kini telah disenaraikan di dalam kandungan bahan-bahan di label makanan kucing. Pastikan bahan-bahan pengawet yang digunakan itu selamat seperti tocopherols (Vitamin E) dan ascorbate (Vitamin C).

    Hindari makanan yang diawet dengan bahan pengawet sintetik seperti Hidroksianisol butylated (BHA) dan butylated hydroxytoluene (BHT), propyl gallate, propylene glycol dan etoksikin kerana ia akan menjadi racun kepada kucing serta boleh mengakibatkan kanser.

    Manakala, pewarna makanan pula adalah bertujuan untuk menambahkan selera dan minat kucing terhadap makanan tersebut. Namun, tahukah anda bahawa pandangan kucing hanya mempunyai dua warna sahaja iaitu warna biru dan kuning. Penglihatan kucing juga sangat pucat dan pudar.

    Jadi, apa yang boleh dikaitkan disini adalah makanan kucing sememangnya tidak memerlukan pewarna tambahan kerana belum dikenalpasti kegunaannya. Ia malahan tidak selamat dan nantinya akan mendatangkan penyakit kepada kucing anda.






    0 comment