5 Sebab Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri

5 Sebab Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri

 

 

Cuba anda bayangkan, hari ini anda sedang melihat kucing anda melahirkan anak kucing yang comel-comel. Pasti anda tak sabar untuk membesarkan mereka. Namun, bila bangun tidur dan melihat kembali, anda dapati kesemua anaknya telah tiada. Ke mana perginya mereka? Adakah ibu mereka telah memakan mereka?

Ya, benar. Sebenarnya memang kucing anda telah memakan anak-anaknya. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada golongan kucing, malahan semua haiwan juga dan ini adalah normal. Namun, ada juga ibu kucing yang sayangkan anaknya dan menjaga mereka dengan baik.

Selain memakan anak kucing, ada juga ibu kucing yang tidak suka anaknya. Dia tidak memakannya tetapi mengelakkan dari menjaga, memberikan susu dan menjilat anaknya. Mereka juga berusaha untuk menyingkirkan mereka dengan pelbagai cara.

Pasti anda ingin tahu apa punca ibu kucing ini memakan anaknya atau mengelak dari menjaga anaknya. Jadi, selepas ini anda boleh mencari cara-cara untuk mengelakkan ibu kucing memakan anak-anaknya. Mari kita lihat 5 sebab-sebab anak kucing anda dimakan oleh ibunya sendiri.

 

 

Terlalu banyak

Ibu kucing akan stress apabila melihat anak yang dilahirkannya terlalu banyak. Hal ini demikian kerana ibu kucing juga tak mampu untuk memberikan susu yang mencukupi untuk mereka semua. 

Dalam hal ini, berkemungkinan anak-anaknya bukan mati kerana dimakan ibunya tetapi mati kerana kekurangan susu ibunya. 

Oleh itu, disebabkan anaknya telah pun mati, ibunya mengambil keputusan untuk memakannya bagi mengelakkan anak lain mendapat jangkitan dan penyakit.

Sebagai langkah pencegahan anak kucing mati disebabkan perkara sebegini, anda perlu alert. Jika melihat ibu kucing melahirkan anak terlalu banyak, anda perlu membantu memberikan susu kepada anak-anaknya. 

Berikan susu yang sesuai seperti susu anak kucing, susu kambing atau susu bayi yang kurang laktosa. Jangan memberikan susu lembu kerana susu lembu mengandungi laktosa yang tinggi dan akan mengakibat kan cirit-birit dan muntah. Gunakan botol susu anak kucing agar memudahkan anda memberikan susu. Berikut adalah contoh gambar memberikan susu kepada anak kucing.

 

 

brown tabby kitten

Umur

Umur juga boleh menjadi faktor kepada ibu-ibu kucing ini memakan anak-anaknya.  Ibu muda  tidak mampu menjaga anak-anaknya sebaik ibu tua. Selalu terjadi ibu muda ini berusaha menyingkirkan anak, menjadikan anak mereka sebagai ancaman dan tidak mahu mengenali anak-anaknya. 

Mereka berasa tertekan dan bingung lalu mengambil keputusan untuk memakan anak-anaknya. Hal ini demikian kerana ibu muda lebih gemar bermain, mempunyai masanya sendiri dan tidak mahu terikat dengan anak-anak.

Oleh itu, pastikan anda mengahwinkan kucing anda apabila mereka sudah berusia 1 tahun ke atas. Selain itu, elakkan kucing anda bercampur dengan kucing jantan pada usia remajanya iaitu pada 6 hingga ke 8 bulan bagi mengelakkan risiko ia memiliki anak kemudian tidak mampu untuk menjaganya.

 

 

brown Scottish fold in brown thick-pile blanket

Tidak selamat

Pertama, kucing anda akan berasa tidak selamat apabila terdapat haiwan lain yang sering melihatnya dan anak-anaknya. Walaupun haiwan yang ia rapat dan kerap bermain bersama, ibu kucing akan menganggap mereka sebagai ancaman. 

Ibu kucing berasa tertekan dan akan bertindak memakan salah satu anaknya kerana berniat untuk menjaga keselamatan anak- anak yang lain. 

Justeru, elakkan haiwan lain yang anda pelihara dari melihat kucing anda yang baru melahirkan anak. Tunggu sehingga ibu kucing ni yang bersedia untuk memperkenalkan anak-anaknya.

Kedua, ibu kucing akan berasa tidak selamat apabila anda mengalihkan ia dari tempat ia melahirkan anak.

Oleh itu, elakkan mengalih ibu kucing dan anak-anaknya ke tempat lain setelah ia melahirkan anak. Hal ini demikian kerana, bagi ibu kucing tempat yang ia lahirkan anak tu lebih selamat, tenteram dan jauh dari haiwan lain. Disebabkan itu ia melahirkan anaknya disitu.Berikut  adalah produk carrier yang sesuai untuk mengalih kucing atau membawa mereka keluar.

 

 

Mastitis In Cats | Cat-World

Mastitis

Apakah mastitis ini?

Mastitis adalah infeksi yang menyebabkan peradangan pada kantung susu ibu kucing yang menyusui. Infeksi ini akan menyebabkan kantung susu ibu kucing membengkak dan menjadi sakit apabila dihisap anak-anaknya. Dan paling teruk sekali apabila air susu yang dikeluarkan mengandungi nanah dan darah. Oleh kerana itu, ibu kucing tidak mahu memberikan anak-anaknya susu.

Mastitis ini adalah disebabkan oleh gesekan pada lantai kasar yang menyebabkan luka pada kantung susu. Selain itu, membersihkan kucing terlalu kasar atau mengelapnya dengan alatan keras sehingga menyebabkan kantung susunya luka juga merupakan salah satu punca. Selain memberi kesan kepada kantung susu, ibu kucing juga akan kelihatan dehidrasi, melemah, kurang nafsu makan dan demam.

Jadi, jangan terus marah ya ibu kucing sekiranya tidak mahu memberikan anak-anaknya susu. Periksa dahulu keadaan dirinya. Kemudian, segeralah bawa berjumpa dengan pakar agar kucing anda dapat diubati. Berikan dulu anak-anaknya susu anak kucing menggunakan botol susu anak kucing.

 

 

Anak cacat atau sakit

Tahukah anda bahawa ibu kucing juga punya naluri terhadap anak-anaknya?

Ada pendapat menyatakan yang ibu kucing ini memakan anaknya kerana mempunyai naluri yang anaknya itu mempunyai kecacatan atau sakit sehingga tidak mampu meneruskan kehidupannya dengan baik.

Justeru, ibu kucing membuat keputusan untuk memakan atau membunuh anaknya kerana tidak mahu anaknya tersiksa. Dan ia melakukan sedemikian juga kerana tidak mahu anak-anaknya yang lain mendapat jangkitan penyakit yang sama. 

Berikut adalah 5 sebab kenapa kucing memakan anaknya sendiri. Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan mengawasi ibu kucing setelah ia melahirkan. Cuba perhatikan tingkah laku kucing anda selama 24 jam. Sekiranya ada tanda-tanda ia mahu memakan anaknya, asingkan ia dengan anak-anaknya segera.

Penambahan, terdapat juga sebab lain yang menyebabkan ibu kucing memakan anaknya iaitu apabila ia tidak dapat bau dari anaknya. Jadi, ia mengingati anaknya itu adalah tikus yang akan menganggu anak-anaknya yang lain. Lalu, ia mengambil keputusan untuk memakan anaknya itu.

 


Akhir sekali, cuba juga kesan penyakit-penyakit lain yang ada pada ibu kucing kerana kemungkinan ibu kucing tertekan dan sedang meroyan. Bukan manusia sahaja ya yang meroyan selepas melahirkan anak, malah kucing juga boleh mendapat risiko ini. Segeralah bawa berjumpa doktor haiwan sekiranya terdapat tanda-tanda meroyan untuk mendapatkan rawatan.Anda haruslah memberi vitamin dan supplements secukupnya sepanjang masa kandungan si kucing anda seperti yang dicadangkan di bawah atas nasihat vetenari anda.






6 comments

  • iscaxewoact

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Buy Amoxil Online qlx.vwuw.perromart.com.my.vxt.lv http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • wisibivebkci

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Dosage For Amoxicillin 500mg Amoxicillin No Prescription qbi.hfow.perromart.com.my.upz.pq http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • uoxarok

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Buy Amoxicillin Online uzo.pxmu.perromart.com.my.jnr.nb http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • eamasiy

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Online Amoxicillin 500 Mg wat.jfan.perromart.com.my.anz.qn http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/

  • uhonokelo

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/ – Amoxicillin Buy Amoxicillin Online pet.ifsj.perromart.com.my.pcg.ug http://mewkid.net/when-is-xuxlya2/