5 Kucing Termahal Di Dunia

5 Kucing Termahal Di Dunia

 

 

Tahukah anda bahawa kucing boleh menjadi lebih mahal dari yang anda sangkakan selama ini? Malahan, pencinta kucing zaman ini tidak kisah membelanjakan wang mereka demi mendapatkan kucing-kucing mahal tersebut kerana mereka mahukan kepuasan dari kucing berbaka asli seperti ini.

Namun, jika anda kaji, tidak hairanlah harganya sebegitu kerana sejarah serta ciri-ciri yang dimiliki baka-baka kucing ini bukan calang-calang. Malahan, penampilan mereka yang eksotik dan asli pasti membuatkan anda tertawan.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan 5 baka kucing yang termahal berserta dengan sejarah baka tersebut dan ciri-cirinya. Mari kita mulakan!

 

 Peterbald Cat—Full Profile, History, and Care

Peterbald

Tahukah anda, kos kucing Peterbald Cat ini bermula dengan US$2,500 (RM 10,718) atau lebih! Mari kita lihat keistimewaannya.

Peterbald Cat adalah kucing yang berketurunan Rusia. Kucing ini sangat mudah untuk dikenali kerana ia berupa seperti alien, tidak berbulu dan tubuhnya seumpama telanjang. Ia juga kurus dan berotot.

Selain itu, Peterbald Cat ini sebenarnya mengerupai genetik Oriental Shorthair Cat. Mereka mempunyai gen bulu gugur dan sekiranya mereka dilahirkan berbulu sekalipun, nantinya bulu mereka akan keguguran dari semasa ke semasa.

Ciri-ciri yang dimiliki Peterbald Cat pula adalah kepalanya lonjong dan sempit, matanya berbentuk seperti almond, mulutnya muncung ke hadapan, telinga yang besar dan terpisah, ekor yang panjang dan halus, serta kakinya lonjong ke hadapan. 

Perwatakannya pula lembut, penyayang, ingin tahu, pintar dan bertenaga. Mereka juga mudah rapat dan mudah bergaul dengan haiwan lain dan kanak-kanak.

Manakala, jangka hayatnya adalah antara 12-15 tahun bergantung kepada penjagaan dan tahap kesihatannya.

 

 8 Blue Cat Breeds

Russian Blue Cat

Kos untuk Russian Blue Cat pula bermula dengan harga US$1,700 (RM7,288).

Russian Blue Cat ini juga berasal dari Rusia. Walaupun namanya Russian Blue Cat, ia bukan berwarna kebiruaan sahaja ya. Baka kucing ini juga berwarna kelabu cair sehingga ke kelabu pekat.

Russian blue Cat adalah sejenis kucing yang ramping dan panjang, mukanya berbentuk segitiga, bertelinga besar, berdahi lebar, dan berhidung lurus. Yang istimewanya kucing ini adalah hujung mulutnya memperlihatkan seperti ia sedang tersenyum. Malahan, matanya berwarna hijau dan ia sekumpulan kucing yang berbulu pendek. Cantik sekali!

Manakala, perwatakan Russian Blue Cat ini adalah sedikit pendiam, lembut, namun sangat berkelakuan baik dan mudah dikendalikan. Ia juga kurang mudah bermesra dengan orang yang tidak dikenali kerana ia bersifat pemalu namun amat menyayangi pemiliknya. 

Seterusnya, jangka hayatnya agak lama iaitu antara 10 - 20 tahun, malah ada yang mampu hidup sehingga ke 25 tahun bergantung kepada kesihatan dan tiada masalah genetik.

 

 Persian | International Cat Care

Persian

Persian Cat ini merupakan kucing yang sangat popular di dunia dan harga bagi Persian asli pula bermula dengan US$3,000 (RM12,862).

Kucing ini berasal dari Persia yang kini dikenali sebagai Turki dan Iran. Berbeza dengan Peterbald Cat dan Russian Blue Cat, Persian Cat ini merupakan baka kucing yang berbulu panjang. Justeru, bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara lain rata-rata amat mengilai Persian Cat ini kerana bulunya panjang dan sangat gebu.

Oleh kerana bulunya yang gebu itu, penjagaannya pun agak sukar. Anda perlu sentiasa grooming mereka dengan menyikat, melerai gumpalan bulu, memeriksa kebersihan bulunya serta mandikannya selalu. Berikut adalah contoh produk yang disyorkan Perromart untuk menjaga bulu dan kulit si kucing anda.

Selain itu, Persian Cat ini memiliki muka yang bulat dan leper, mata dan telinga yang bulat, hidung dan mulut yang kecil serta kaki yang pendek. Namun, mukanya yang cute menyebabkan ia mudah mendapat masalah pernafasan yang akan mempengaruhi jangka hayatnya iaitu lebih kurang 12.5 tahun.

Perwatakannya pula sangat tenang, manja dan penyayang kepada orang yang dikenalinya. Dia suka dibelai, disikat bulunya dan suka bermain. Persian Cat juga sukakan kawasan yang tenteram dan tenang. Bagi anda yang sering sibuk bekerja, tidak digalakkan memelihara Persian Cat ini kerana ia benar-benar memerlukan perhatian yang mencukupi dari segi kebersihan, kesihatan dan kasih sayang.

 

 What type of cat are you? | Cat breeds, Bengal cat, Cat breeds ...

Bengal

Bengal Cat adalah kucing yang bulunya bercorak harimau. Oleh yang demikian, ia tersenarai sebagai 5 kucing paling popular di UK. Harganya agak tinggi yang bermula dengan US$5,000 (RM21,437) kerana Bengal Cat ini adalah kucing kacukan Asian Leopard Cat dan kucing domestik di USA. Nama bakanya berasal dari nama latin iaitu keturunan liarnya , Felis Bengalensis (Asian Leopard Cat).

Ciri-ciri Bengal Cat ini adalah ia merupakan kucing besar yang bertubuh ramping dan berotot serta ekornya tebal. Ia juga berperwatakan liar, tidak ramah serta tidak dapat menjalinkan hubungan dengan manusia, jadi kucing ini biasanya dijaga untuk tujuan pembiakan sahaja. 

Namun, jika anda dapat memenuhi keperluannya dan berjaya menjinakkan Bengal Cat ini, anda akan memiliki seekor kucing yang sangat pintar, bijak bermain dengan trick dan penyayang. Selain itu, Bengal Cat ini juga bersifat lincah, suka bermain serta tubuhnya kuat dan berotot sesuai dengan kelakuan seekor kucing hutan.Anda haruslah menjaga keaktifan kucing ini supaya perwatakannya terpelihara. Berikut adalah cadangan produk mainan yang boleh anda menggunakan di dalam rumah untuk bermain dengan kucing anda.

Seterusnya, jangka hayatnya antara 12 – 16 tahun. Jika anda berminat untuk memelihara Bengal Cat, dapatkan dahulu nasihat dari yang pakar tentang kesihatan Bengal Cat dan pastikan adakah baka kucing ini boleh dibawa pulang untuk tinggal bersama keluarga.

 

 Where Do Savannah Cats Come From?

Savannah

Jika tadi anda terkejut melihat kos keempat-empat kucing di atas, namun saya pasti anda akan lebih terkejut melihat harga seekor Savannah Cat ini. Baiklah, harganya bermula dengan US$25,000 (RM 107,187). Mahal kan! 

Savannah Cat adalah kacukan kucing domestik dan African Serval Cat. Namanya di ambil dari nama generasi pertama yang lahir dari baka ini iaitu bernama ‘Savannah’ pada April 7, 1986. Ia merupakan kucing yang bertubuh besar berbanding kucing-kucing lain. Kucing ini dikatakan besar adalah kerana ketinggiannya. 

Ciri-cirinya pula berleher panjang, tubuhnya langsing, mukanya berbentuk segitiga dan telinganya besar. Warnanya pula selalunya hitam, coklat dan kelabu cair berserta bintik hitam dan coklat gelap di tubuhnya. Bulunya seakan-akan harimau bintang.

Berbanding dengan Bengal Cat, Savannah Cat merupakan kucing yang sangat jinak dan suka bergaul dengan manusia dan haiwan lain. Ia juga sangat lincah sesuai dengan tubuhnya dimana ia memiliki kaki belakang yang lebih panjang dari kaki depannya. Oleh kerana itu, Savannah Cat ini merupakan kucing penerjun terbaik. Ia mampu melompat sehingga ke ketinggian 8 kaki samaada turun atau naik dengan sangat mudah.

Seterusnya, kitaran hidupnya pula adalah antara 12 hingga ke 20 tahun. Jika anda mahukan kucing yang eksotik, Savannah Cat merupakan pilihan yang terbaik.

 

 

 






0 comment