5 Jenis Penyakit Yang Sering Dihadapi Kucing

5 Jenis Penyakit Yang Sering Dihadapi Kucing

 

 

Sebagai pemilik kucing, adalah sangat penting untuk anda mempunyai sedikit pengetahuan mengenai penyakit kucing agar memudahkan anda mengesannya lebih awal. 

Oleh itu, kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang 5 jenis penyakit yang sering dihadapi kucing berserta tanda-tanda, penyebab dan cara untuk mengelakkannya.

 

Penyakit saluran kencing (UTI)

Penyakit saluran kencing merupakan penyakit batu karang pada kucing yang juga dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD). Penyakit ini kerap terjadi kepada kucing jantan berbanding kucing betina kerana bahagian saluran kencingnya yang sempit. Tanda-tanda yang boleh anda kenalpasti daripada kucing anda adalah kucing menghadapi kesukaran membuang air kecil, kencing merata, kurang selera makan, tidak bermaya, dan juga terdapat darah pada air kencingnya.  

 

Penyebab:

  1. Disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan kuman dan parasit, tumor, keradangan pada pundi kencing yang telah memberikan tekanan kepada pundi kencing dan saluran kencing kucing.
  2. Makanan mengandungi mineral yang sangat tinggi akan mengakibatkan mineral ini terkumpul dan menjadi batu struvite. Batu struvite ini akan berkumpul di saluran kencing dan menghalang air kencing untuk keluar.
  3. Obesiti menyebabkan kucing malas bergerak lalu kerap menahan kencing. 
  4. Kucing stress kerana berlaku sesuatu perubahan secara drastik atau stress kerana litter box kotor. 
  5. Lokasi litter box yang tidak aman dan tenang

 

Cara mengelakkan:

  1. Pengambilan diet yang lengkap dan sesuai. Nutrisi yang berlebihan akan mengakibatkan kucing dewasa obesiti lalu menganggu sistem pencernaan dan pembuangan.
  2. Sediakan air yang bersih untuk kucing dan memastikan agar ia mengambil air setiap kali selepas makan.
  3. Perubahan dilakukan secara berperingkat agar kucing anda kurang stress dengan persekitarannya.
  4. Bersihkan selalu litter box dan letakkan di lokasi aman dan tenang.

Berikut merupakan produk makanan yang disyorkan untuk mengatasi masalah UTI kucing yang boleh didapati di Perromart sekarang.

 

 

Alahan makanan

Alahan makanan terjadi apabila sistem imun badan menolak agen yang memasuki ke dalam badan. 

Kucing yang mengalami alahan pada makanan akan memberikan tanda-tanda seperti kerap cirit-birit dan muntah, badannya kegatalan, kerap menggaru leher dan kepala, mata berair dan susah bernafas.

 

Penyebab:

Alahan kepada makanan berprotein seperti daging lembu, telur, produk tenusu, daging ayam dan sebagainya. Hal ini demikian kerana tubuh mereka tidak dapat menerima protein yang terkandung di dalam makanan tersebut. 

 

Cara mengelakkan:

  1. Menukarkan makanan kucing anda kepada makanan anti-allergi.
  2. Bersihkan kawasan makan, tidur dan bermain kucing anda agar bebas bakteria.
  3. Mandikan kucing anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  4. Jangan memberikan kucing anda susu yang tinggi kandungan laktosa seperti susu lembu.
  5. Menyediakan air minuman bersih yang ditukarkan setiap hari.

Seterusnya, dapatkan dahulu nasihat dari doktor haiwan tentang tindakan dan ubat-ubatan yang sesuai untuk menyembuhkan kucing anda.

 

 

Penyakit buah pinggang

Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah serta menapis sisa buangan dan lebihan air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kegagalan fungsi buah pinggang akan mengakibatkan sisa toksik di dalam badan sukar dikeluarkan lalu terkumpul di saluran darah. Tanda-tanda penyakit buah pinggang ini berlaku secara berperingkat dan dalam jangka masa yang lama. 

Peringkat I: Keadaan biasa dan normal.

Peringkat II: Kerap minum dan membuang air.

Peringkat III: Kerap minum dan membuang air, kurang selera makan, berat badan menurun secara mendadak, muntah dan lesu. 

Peringkat IV: Muntah yang sangat teruk, kebutaan, cirit-birit, tidak mahu makan, kelesuan serta berat badan sangat berkurangan sehingga kelihatan kurus.

 

Penyebab:

  1. Penyakit buah pinggang ini boleh terjadi kerana penyakit keturunan atau kecacatan sejak lahir.
  2. Kencing manis kerana akan mengakibatkan pembuluh darah di buah pinggang cedera dan tidak mampu membersihkan darah dengan betul.
  3. Tekanan darah tinggi kerana terlalu banyak cecair di dalam saluran darah sehingga menyebabkan ia semakin sempit.
  4. Penyakit buah pinggang juga disebabkan oleh jangkitan, kanser, gangguan sistem imun badan, penyakit batu karang dan sebagainya.

 

Cara mengelakkan:

  1. Sentiasa memastikan kucing anda mengambil minuman yang mencukupi.
  2. Memberikan wet food sekiranya kucing anda sukar untuk mengambil air bagi membantu penghidratan.
  3. Segera mendapatkan rawatan doktor haiwan sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda awal agar dapat mencegah penyakit menjadi semakin serius.

Kebiasaannya, doktor haiwan akan mengesyorkan anda untuk memberikan diet perlindungan buah pinggang. Hal ini demikian kerana penyakit buat pinggang tidak boleh dirawat tetapi hanya mampu untuk melindungi buah pinggang.

Selain makanan, anda boleh juga boleh suapkan treats untuk si kucing anda yang akan mengatasi masalah buah pinggang mereka sekali gus.

 

 

Kencing manis

Penyakit kencing manis (Diabetes) berlaku apabila tubuh tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi untuk tubuh badan.

Insulin ini berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah. Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan insulin tidak dapat berfungsi dan gula tersebut akan keluar melalui air kencing.

Disebabkan gula tidak dapat diserap oleh tubuh, kucing akan menjadi semakin lemah, kerap berasa lapar dan haus, kerap kencing, berat badan menurun secara mendadak, serta terdapat jangkitan pada pundi kencingnya.

 

Penyebab:

  1. Pemberian diet yang berlebihan kepada kucing dewasa. 
  2. Pemberian ubat pencegah kehamilan untuk kucing. Ternyata ubat-ubatan seperti ini mengandungi paras gula yang sangat tinggi dan mengakibatkan diabetes.
  3. Kucing yang obesiti.

 

Cara mengelakkan:

  1. Memberikan diet yang seimbang kepada kucing anda. Diet yang terlebih nutrisinya akan mengakibatkan kucing mendapat diabetes dan obesiti.
  2. Dapatkan nasihat doktor haiwan terlebih dahulu tentang ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk kucing anda.

Manakala, bagi kucing yang menghadapi penyakit kencing manis, doktor haiwan akan memberikannya suntikan insulin. Selain itu, mengesyorkan anda untuk memberikan kucing makanan yang tinggi serat dan mengandungi karbohidrat kompleks dimana karbohidrat ini tidak mudah berubah menjadi gula atau glukosa.

 

 

Penyakit Sembelit

Sembelit adalah kesukaran yang dihadapi kucing ketika ia membuang najis. Penyakit sembelit ini adalah masalah biasa dan ianya dapat dikesan apabila kucing anda menghadapi kesukaran ketika membuang air besar, membuang air merata-rata, bentuk badan membongkok, pengurangan berat badan dan lain-lain.

 

Penyebab:

  1. Kesan ubat-ubatan.
  2. Kurang pengambilan air dan mengakibatkan kesukaran dehidrasi. 
  3. Kerap menahan diri dari membuang air kerana litter box kotor atau pun lokasi litter box yang mudah dilihat haiwan dan manusia lain. 
  4. Pemakanan yang mengandungi jumlah fiber yang rendah.
  5. Sembelit juga disebabkan oleh kecederaan pada pelvis, kegagalan buah pinggang dan kandungan potassium yang rendah dalam badan.

 

Cara mengelakkan:

  1. Memastikan kucing anda mengambil air yang mencukupi.
  2. Tambahkan makanan yang berserat seperti labu ke dalam makanan kucing anda.
  3. Melakukan pemeriksaan dan rawatan yang kerap.
  4. Bersihkan litter box.
  5. Letakkan litter box di lokasi yang luas dan tenang.
  6. Mendapatkan nasihat dari doktor haiwan.

 

 






0 comment